Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Kes harian COVID-19 tertinggi dalam sejarah

Oct 05, 2020


Kes harian COVID-19 tertinggi dalam sejarah

Foto - Malaysia Dateline

Malaysia merekodkan 432 kes baru COVID-19 hari ini, sekali gus menjadikannya angka paling tinggi pernah dicatat sejak wabak itu melanda Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kedah merekodkan tambahan 241 kes baru sementara Sabah 130 kes positif manakala Selangor dengan 34 kes baru.

Negeri lain merekodkan kurang dari lima kes iaitu tujuh kes di Kuala Lumpur; Terengganu (5); Labuan (4); Putrajaya, Johor dan Perak (2 kes) dan masing-masing satu kes di Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan.

-----

Perdana Menteri jalani kuarantin kendiri

Foto - Bernama

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin kendiri di kediamannya selama 14 hari namun menegaskan perkara itu tidak akan mengganggu urusan kerajaan.

Ini berikutan beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang turut dihadiri Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Sabtu lepas.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu telah disahkan positif jangkitan COVID-19 hari ini dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Seremban.

-----

Perak beri RM150 kepada pelajar negeri terkandas di IPT

Foto - Astro Radio News

Perak akan berikan bantuan sekali bayar RM150 kepada pelajar dari negeri itu yang terkandas di semua IPTA/IPTS seluruh negara berikutan cadangan penangguhan pendaftaran oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Kerajaan negeri berkata, bantuan itu bertujuan meringankan beban pelajar termasuk untuk membeli tiket balik ke kampung serta menambah nilai data mudah alih.

Cara penyaluran serta tempoh bayaran bagi peringkat awal akan diputuskan selepas mendapat kelulusan daripada mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan negeri, Rabu ini.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca