Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Kerajaan Faham

Oct 04, 2020


Kerajaan Memahami Kerisauan

Perdana Menteri memberi jaminan kerajaan akan terus komited mengawal dan mengurus penularan pandemik COVID-19.

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga meminta rakyat bertenang dalam menghadapi situasi penularan virus itu ketika ini.

Beliau turut memaklumkan, kebanyakan kes melibatkan tahanan dalam penjara, kawasan PKPD dan daripada kluster-kluster yang telah pun dikenal pasti dan terkawal.

Sementara itu Menteri Kanan Keselamatan memberitahu, PKP fasa awal tidak akan dilaksanakan semula, begitu juga larangan rentas negeri.

Jelas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ini kerana kes baru COVID-19 yang direkodkan ketika ini masih terkawal.

Belum Ada Rancangan

Belum ada perancangan tutup sekolah di seluruh negara, walaupun kes baru COVID-19 meningkat kebelakangan ini.

Jelas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penutupan sekolah setakat ini hanya melibatkan sekolah yang mencatatkan kes positif.

Sehubungan itu, persekolahan boleh diteruskan tetapi mesti berlangsung dengan penuh hati-hati dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

317 kes COVID-19 dicatatkan di seluruh negara semalam yang juga kes harian tertinggi direkodkan sejak wabak itu mula dikesan di negara ini pada awal Februari lalu.

Satu kematian akibat virus itu turut dilaporkan di Tawau, Sabah, manakala kes aktif ketika ini pula kira-kira 1,700 dengan 29 daripadanya dirawat di ICU.

3 kluster baru juga dikesan iaitu 2 di Kedah dan 1 di Selangor.

KPT Mohon Maaf

Menteri Pengajian Tinggi mohon maaf atas segala kesulitan yang timbul ekoran pembatalan kemasukan fizikal penuntut di universiti dan IPT baru-baru ini.

Jelas Datuk Dr. Noraini Ahmad, keputusan dibuat IPT ekoran peningkatan kes COVID-19 di luar jangkaan dan setelah berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau turut memberitahu, mahasiswa yang sudah tiba di kampus untuk menunggu arahan selanjutnya, manakala yang belum tiba diminta tangguhkan dulu pergerakan.
 

*foto sekadar hiasan


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca