Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Tak Sama...

Sep 21, 2020


Tak Sama...

Insiden sebuah kereta remuk teruk di Cheras malam tadi bukan disebabkan runtuhan konkrit seperti yang sedang tular.

Jelas polis Kuala Lumpur, ia sebaliknya disebabkan rempuhan kenderaan dari belakang yang membawa kren.

Bagaimanapun namun pemandu terbabit tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, insiden panel konkrit tembok lebuh raya dalam pembinaan jatuh menghempap sebuah kereta di ibu kota baru-baru ini tidak patut terjadi.

Justeru Kementerian Kerja Raya mengarahkan tindakan tegas ke atas pihak bertanggungjawab kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa.

Kejadian ngeri itu berlaku kelmarin namun mangsa, seorang pemandu wanita terselamat dan hanya alami kecederaan ringan.

Internet Percuma Untuk Penuntut IPT

Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mempertimbangkan cadangan menyediakan internet percuma di IPT seluruh negara.

Ia bertujuan meringankan beban penuntut yang tidak mampu melanggan perkhidmatan internet yang kini boleh dianggap keperluan.

Jika menjadi kenyataan, UiTM dijangka jadi perintis sebelum diperluaskan ke IPT lain.

Kabinet Bincang Situasi COVID-19 Menjelang PRN Sabah

Jawatankuasa Khas Kabinet akan bincang peningkatan kes COVID-19 di Sabah esok.

Ia bagi meneliti aspek keselamatan dan kesihatan penduduk menjelang pilihan raya negeri itu hujung minggu ini.

Kerajaan turut mengingatkan orang ramai termasuk ahli politik yang ke Sabah untuk berkempen semasa pilihan raya ini supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Semalam negara mencatatkan 52 kes baru COVID-19 dengan lebih separuh daripadanya direkodkan di Sabah.

Sementara itu, satu kluster baru dikesan di Pulau Pinang iaitu Kluster Ara.

Foto: BERNAMA & ihsan pembaca


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca