← Back to list
Mangsa Ke-3 Meninggal Dunia
Sep 18, 2020
Mangsa Ke-3 Meninggal Dunia
Mangsa ke-3 kes keracunan gas karbon monoksida ketika tidur dalam kereta di sebuah stesen minyak di lebuh raya PLUS di Seberang Prai meninggal dunia.
Seorang lagi mangsa iaitu kembarnya kini berada dalam keadaan kritikal di ICU.
Lebih memilukan, kereta dan mangsa ditemui sendiri oleh bapa salah seorang 4 sahabat itu yang keluar mencari selepas bimbang mereka belum tiba di rumah.
Difahamkan, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing selepas bercuti di Pulau Pinang dan baru tamat pengajian di sebuah kolej.
Kluster Selamat Pula Muncul
Kementerian Kesihatan kesan 1 lagi kluster COVID-19 di Sabah digelar Kluster Selamat.
Kes indeks kluster baru itu merupakan seorang wanita tempatan yang didapati positif ketika saringan kemasukan ke Hospital Tawau bagi kelahiran pramatang.
Sementara itu, 21 kes baru direkodkan di seluruh negara semalam.
JPN Galak Guna 'Online'
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menggalakkan orang ramai yang mahu buat urusan dokumen pengenalan diri, kelahiran dan perkahwinan melakukannya secara dalam talian.
Menurut jabatan itu, ia susulan situasi pandemik COVID-19 ketika ini di samping lebih mudah dan menjimatkan masa.
Pemohon hanya perlu hadir ke JPN untuk mengambil dokumen yang telah siap.
Foto: BERNAMA
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca