← Back to list
Ujian Saringan Mega di 3 Daerah
Sep 16, 2020
Ujian Saringan Mega di 3 Daerah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan ujian saringan COVID-19 secara besar-besaran ke atas penduduk Lahad Datu, Tawau dan Kunak di Sabah.
Ia susulan peningkatan kes baru yang amat ketara di negeri itu khususnya di kawasan berkenaan.
Berikutan itu juga Perdana Menteri mengingatkan penduduk Sabah dan semua pihak yang terlibat dengan pilihan raya negeri itu hujung bulan ini untuk mengamalkan norma baru dengan lebih berdisiplin.
Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memaklumkan, PKP fasa awal akan terpaksa dilaksanakan semula jika kes meningkat mendadak di negara ini/
Golongan B40 Akan Ada Subkategori
Kerajaan akan membahagikan kumpulan isi rumah B40 kepada beberapa kategori mulai tahun depan.
Bantuan dan umpuan lebih akan diberikan kepada mereka yang berada di bawah kategori B1 iaitu isi rumah yang berpendapatan bawah 2,500 ringgit sebulan.
Ketika ini terdapat kira-kira 2.9 juta keluarga di Malaysia dalam kategori B40 dengan pendapatan 4,850 ringgit ke bawah.
Kandang Kerbau 'Kampung Boy' Ditutup
Jabatan Veterinar Terengganu telah tutup kandang kerbau milik adik Syukor dan keluarga atau Kampung Boy bagi elak penularan penyakit hawar berdarah.
Bilangan kerbau milik Syukor yang mati akibat wabak itu juga telah meningkat kepada 41 ekor.
*foto sekadar hiasan
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca