← Back to list
Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar Rasmi Ditubuhkan
Sep 15, 2020
Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar Rasmi Ditubuhkan
Kementerian Alam Sekitar dan Kementerian Dalam Negeri secara rasmi menubuhkan Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar.
Pasukan khas yang dianggotai penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Biokeselamatan dan PDRM itu dijangka beroperasi awal bulan depan.
Buat permulaan anggotanya kini seramai 32 orang dan bakal ditambah kepada 200 serta ditempatkan di 6 zon di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Sementara itu 4 ahli lembaga pengarah dan seorang pengurus kilang yang terbabit dalam kejadian pencemaran di Sungai Gong, Rawang akan didakwa di mahkamah hari ini.
Kes pencemaran itu mengakibatkan jutaan penduduk Selangor dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air selama kira-kira seminggu baru-baru ini.
Sekolah Di Sabah Perlu Lebih Waspada
Menteri Pendidikan mengingatkan guru, pengetua dan pentadbir sekolah di Sabah agar lebih berhati-hati bagi elak penularan COVID-19 di sekolah.
Dr Radzi Jidin berkata, pematuhan SOP perlu dilaksanakan dengan baik susulan peningkatan jumlah kes baru di beberapa kawasan di negeri itu.
Sebarang arahan penutupan sekolah jika terdapat kes positif katanya perlu dibincangkan dengan Kementerian Kesihatan.
Semalam 31 kes baru COVID 19 dikesan di seluruh negara, 28 daripadanya penularan tempatan.
25 kes direkodkan di Sabah dan 17 daripadanya membabitkan Kluster Benteng.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca