Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Kes harian COVID-19 kekal dua digit

Sep 14, 2020


Kes harian COVID-19 kekal dua digit

Foto - New Straits Times

Bilangan kes baru positif COVID-19 dalam negara kekal pada dua digit untuk hari ketiga berturut-turut apabila 31 kes baru direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, tiga merupakan kes import manakala 28 lagi merupakan penularan tempatan.

Sabah kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 25 kes termasuk 17 daripada kluster Benteng LD manakala Kluster Bunga di Negeri Sembilan mencatatkan empat kes baru melibatkan kru kapal.

-----

Polis Johor siasat kes pelajar terbabit dadah

Foto - The Star

Polis Johor akan siasat pendedahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bahawa terdapat seramai 177 pelajar tingkatan empat dan lima di negeri itu terbabit dengan penagihan dadah.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan pihaknya itu lebih menjurus kepada usaha menjejaki pembekal dadah yang diperoleh pelajar berkenaan.

Sabtu lepas, AADK mendedahkan terdapat seramai 177 pelajar sekolah menengah di negeri Johor positif dadah sejak awal tahun. 

-----

RM10 juta bina infrastruktur luar jelapang padi di Kelantan

Foto - Wallview

Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM10 juta khusus untuk melaksanakan projek infrastruktur di luar kawasan jelapang padi di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Kelantan, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, projek berkenaan membabitkan pembinaan rumah pam dan saliran air yang mencukupi bagi keperluan sawah padi.

Sebahagian besar projek itu membabitkan Jajahan Machang dan Pasir Puteh yang akan dilaksanakan sebelum berakhir tahun ini bagi meningkatkan hasil padi daripada empat atau lima kepada enam hingga tujuh tan metrik sehektar.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca