← Back to list
KL Ikut Keputusan MKN
Sep 14, 2020
KL Ikut Keputusan MKN
Semua premis makanan dan kedai serbaneka di Kuala Lumpur kini dibenarkan untuk beroperasi hingga jam 2.00 pagi.
Kelonggaran itu dipersetujui Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL selaras dengan keputusan kerajaan pusat minggu lalu.
Selangor juga mengambil langkah sama selepas mengambil kiri keluhan para peniaga dan kadar penularan COVID-19 yang rendah dan terkawal.
Murid Kota Setar Belajar Secara Dalam Talian
Semua murid di Kota Setar, Kedah ikuti sesi pembelajaran dalam talian ekoran pelaksanaan PKDP di daerah itu yang mula berkuat kuasa Jumaat lalu.
Kementerian Pendidikan turut minta sekolah cari jalan bantu murid yang tiada alat peranti sesuai dan capaian internet hinggalah sekolah kembali dibuka.
Sementara itu, 47 kes baru COVID-19 direkodkan di seluruh negara semalam.
Khazanah Emas Lipis Disonglap
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang berjaya membongkar kegiatan melombong emas secara haram dalam Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis.
Susulan itu 5 individu ditahan terdiri daripada 2 warga tempatan, 2 rakyat China dan seorang warga Myanmar.
Kegiatan pelombongan emas secara haram itu dikesan hasil tinjauan yang dilakukan jabatan terbabit menggunakan dron.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca