← Back to list
Suspek Kes Cemar Sumber Air Akan Didakwa
Sep 06, 2020
Suspek Kes Cemar Sumber Air Akan Didakwa
Suspek yang disyaki terbabit kes pencemaran di kawasan perindustrian dekat Sungai Gong, Rawang akan didakwa minggu depan.
Kementerian Alam Sekitar dan Air juga menegaskan bahawa pihak berkuasa tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan peruntukan undang-undang.
Malah kerajaan Selangor beritahu, kilang terbabit kes pencemaran itu sehingga akibatkan lebih 1.2 juta pengguna di Lembah Klang terputus bekalan air akan dirobohkan.
Pengusaha juga diarah memulihkan tanah di kawasan tersebut.
Selain itu, Selangor akan pinda Enakmen Lembaga Urus Air bagi menaikkan denda maksimum daripada RM500,000 kepada RM1 juta bagi kesalahan cemar sumber air.
Belum Sampai Masa
Kamera perakam video pemuka atau 'dashcam' tidak mungkin dijadikan aksesori wajib kenderaan dalam tempoh terdekat.
Jelas Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) kepada Berita Harian, walaupun ia digalakkan namun belum tiba masanya pemasangan peranti itu diwajibkan.
Ini kerana ciri keselamatan lain misalnya sistem brek kecemasan automatik, AEB lebih perlu diutamakan berbanding ciri keselamatan ketiga seperti 'dashcam'.
*foto: selangorkini.my
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca