← Back to list
Wajib kuarantin 14 hari di Sarawak
Sep 02, 2020
Wajib kuarantin 14 hari di Sarawak
Foto - Bernama
Semua ketibaan dari luar negara di pintu masuk Sarawak diwajibkan melalui tempoh kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin ditetapkan oleh kerajaan negeri berkenaan, berkuatkuasa semalam.
Menteri Kanan (Keselamatan) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang terlibat juga perlu menjalani ujian saringan pada hari kedua dan hari kesepuluh.
Tambahnya, kos kuarantin bagi rakyat Sarawak akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri manakala bagi bukan rakyat Sarawak, kos kuarantin adalah atas tanggungan sendiri.
-----
SPRM nafi halang Lim Guang Eng memasuki Sabah
Foto - The Edge Markets
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki menegaskan, agensi berkenaan tidak pernah menyekat bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng daripada melakukan perjalanan ke mana-mana negeri di Malaysia.
Beliau berkata, mungkin berlaku kekhilafan ketika Lim tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, semalam sehingga menyebabkanSetiausaha Agung DAP itu ditahan kira-kira setengah jam.
Lim sebelum ini mendakwa beliau tidak dibenarkan memasuki Sabah oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah atas alasan SPRM telah meletakkan halangan untuk beliau berbuat demikian.
----
Kelantan lulus jajaran alternatif projek jambatan Palekbang-Kota Bharu
Foto - The Kelantan Times
Kerajaan negeri Kelantan luluskan jajaran alternatif bagi projek jambatan Palekbang-Kota Bharu dengan pembinaannya dijangka bermula Julai 2021 dan siap pada Disember 2023.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal berkata, jajaran asal iaitu Palekbang-Kampung Cina diubah kepada jajaran baharu Palekbang-Penambang adalah atas faktor untuk mengurangkan kos pembinaan.
Tambah, Tengku Faziharudean, jarak jambatan antara Palekbang, Tumpat ke Penambang, Kota Bharu yang merentasi Sungai Kelantan itu adalah satu kilometer dan juga merupakan komponen sebagai penghubung ke beberapa lokasi utama seperti lapangan terbang dan pusat bandar.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca