← Back to list
Salah menunggang motosikal di lorong kecemasan
Sep 01, 2020
Salah menunggang motosikal di lorong kecemasan
Foto - mStar Online
Uundang-undang menetapkan, memang menjadi satu kesalahan sekiranya lorong kecemasan digunakan oleh mana-mana kenderaan termasuk motosikal dan boleh dikenakan tindakan.
Namun, Ketua Pengarah MIROS, Dr Khairil Anwar Abu Kassim beritahu BHOnline, dalam keadaan tertentu, golongan itu wajar diberi kelonggaran terutama dalam isu berkaitan keselamatan.
Justeru katanya, penunggang motosikal digalakkan menunggang di sebelah kiri laluan dan jika ada keperluan, mereka boleh menggunakan lorong kecemasan namun perkara itu masih di peringkat perbincangan.
-----
Korban COVID-19 dalam negara meningkat
Foto - Kementerian Kesihatan Malaysia
Jumlah korban keseluruhan akibat COVID-19 dalam negara meningkat kepada 128 apabila satu lagi kematian terbaru direkodkan, hari ini yang juga kematian kedua daripada Kluster Tawar.
Kementerian Kesihatan bagaimanapun berkata, bilangan kes aktif berkurangan kepada 151 apabila 21 pesakit disahkan pulih dan dibenarkan keluar dari hospital.
14 kes baru COVID-19 dicatatkan hari ini iaitu sembilan kes tempatan dan lima import dengan satu kluster baru dikesan di Lahad Datu, Sabah dikenali sebagai Kluster Benteng.
-----
Jason Lo didakwa pecah amanah
Foto - The Leaders Online
Penyanyi, Jason Lo dan rakannya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan pecah amanah wang syarikat rakaman milik mereka lebih RM200,000 tahun lalu.
Bagaimanapun Lo atau nama sebenarnya Jason Jonathan Lo dan Muhammad Yakub Hussaini, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.
Kedua-dua mereka didakwa sebagai pengarah syarikat yang telah diamanahkan wang berjumlah RM232,500 telah melakukan pecah amanah iaitu dengan curangnya menggunakan wang syarikat tersebut untuk kegunaan sendiri.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca