← Back to list
Naikkan kompaun ambil masa panjang
Aug 31, 2020
Kerajaan perlu ambil masa panjang untuk pinda akta sedia ada jika ingin menaikkan kadar kompaun terhadap kesalahan ingkar arahan dan SOP COVID-19.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu perlu dibentangkan di Parlimen dan dibahaskan sebelum dapat dipinda serta dilaksanakan.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan dilapor bersedia untuk menaikkan kompaun tersebut daripada seribu ringgit ke 10 ribu ringgit.
Foto : Kementerian Kesihatan
Sementara itu, KKM sahkan 17 lagi kes baru COVID-19 dicatatkan semalam membabitkan 15 kes import.
Ketua Pengarah Kesihatan turut maklumkan 2 lagi kluster baru dikesan masing-masing satu di Kedah dan Selangor.
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam pada itu berkata 10 kes lagi telah sembuh dan 1 kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 126 kes.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca