← Back to list
Kedah Mahu Larang Rentas Daerah
Aug 27, 2020
Kedah Mahu Larang Rentas Daerah
Kerajaan Kedah mahu kerajaan Persekutuan melaksanakan larangan rentas daerah di negeri itu.
Menurut Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, pihaknya sangat berharap cadangan itu dipertimbangkan susulan penularan Kluster Tawar.
6 kes baru COVID-19 direkodkan di seluruh negara semalam dengan 5 daripadanya di Kedah.
3 merupakan pesakit daripada Kluster Tawar menjadikan jumlah kes positif kluster itu kini naik kepada 73.
Setakat ini juga lebih 4,000 individu disaring di 3 negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perak berkaitan kluster tersebut.
Kementerian Kewangan Dedah 101 Projek Rundingan Terus
Kementerian Kewangan akhirnya mendedahkan senarai 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang ditawarkan secara rundingan terus ketika pentadbiran Pakatan Harapan.
Kementerian yang mendahului senarai termasuklah Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.
Namun kementerian menjelaskan, rundingan terus dibenarkan atas sebab tertentu misalnya membabitkan keperluan mendesak dan perlu dilaksanakan segera.
Tiada Individu Mengatasi Undang-Undang Negara
Menteri Pengangkutan memaklumkan, tiada individu mengatasi undang-undang negara ini termasuk berkaitan peraturan jalan raya.
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan, ia perlu dipatuhi semua pihak tidak kira pemimpin atau wakil rakyat, termasuk ketika membantu kempen pilihan raya.
Ia ekoran gesaan bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke terhadap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk saman pemimpin yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.
*foto sekadar hiasan
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca