← Back to list
Denda Untuk Yang Degil Mungkin Naik
Aug 26, 2020
Denda Untuk Yang Degil Mungkin Naik
Kompaun untuk individu ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) mungkin dinaikkan.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihaknya bercadang menaikkan kompaun tersebut daripada seribu kepada 10 ribu ringgit.
Ia juga sudah dikemukakan kepada Parlimen untuk dibahaskan.
KKM Kaji Kluster Tawar
Kementerian Kesihatan masih menjalankan kajian berkenaan jenis virus COVID-19 yang menjangkiti kluster Tawar.
KKM juga tidak menolak kemungkinan virus itu telah bermutasi dan kebanyakan kes tertumpu di Mukim Tawar, Kedah.
Kluster tersebut telah mencatatkan 70 kes positif dan 6 daripadanya sedang dirawat di ICU.
Penjaja Tepi Jalan Dibela
Hampir sejuta penjaja tepi jalan yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya ketika penularan pandemik COVID-19 akan dibantu kerajaan.
Kebanyakannya berniaga tanpa lesen dan dalam kelompok B40, justeru mereka akan dibantu mendaftarkan perniagaan dengan pihak berkuasa.
Penjaja berkenaan yang juga 80 peratus Bumiputera mungkin akan ditempatkan di lokasi tertentu untuk kemudahan.
Berita Harian melaporkan, mereka turut dijangka diberi kemudahan kredit antara RM5,000 hingga RM6,000.
*foto & sumber: AWANI, Sinar Harian, Berita Harian & internet
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca