← Back to list
KKM Pantau Tular Dakwa Murid Positif COVID-19
Aug 13, 2020
KKM Pantau Tular Dakwa Murid Positif COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang pantau kes tular mengatakan seorang murid sekolah di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dijangkiti COVID-19.
Setakat ini remaja itu disahkan menghidap demam denggi dan KKM sedang tunggu keputusan ujian COVID-19 pula.
Sementara menunggu, KKM sudah mengesan 42 kontak rapat murid berkenaan dan semua sudah diarah jalani ujian dan kuarantin.
Kenyataan Anti-Islam: Kerajaan Teliti Perketat Peraturan
Kerajaan sedia memperhalusi cadangan memperketatkan perkongsian di media sosial yang menjurus kepada anti-Islam.
Menurut Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ia antaranya melibatkan golongan liberal dan murtad.
Pihaknya juga sedia berdialog dan berbincang secara harmoni dengan golongan itu agar lebih memahami dan menghormati antara satu sama lain.
Suami Isteri Bolos Kawasan PKPD
Polis Perlis tahan sepasang suami isteri yang bolos keluar dari kawasan PKPD di Kuala Sanglang.
Mereka juga mengaku telah menanggalkan gelang merah jambu yang wajib dipakai individu dikuarantin.
Pasangan itu beri alasan mereka mengalami alahan kulit.
*foto sekadar hiasan
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca