← Back to list
Selangor Mahu Lebih Ketat
Jul 24, 2020
Selangor Mahu Lebih Ketat
Selangor mahu kuat kuasa peraturan lebih ketat berkenaan pemakaian pelitup muka bagi bendung COVID-19.
Menurut kerajaan negeri, penduduk perlu pakai pelitup muka di semua tempat awam walaupun ia tidak sesak.
Bermula 1 Ogos kerajaan persekutuan umum pelitup muka wajib dipakai dalam pengangkutan awam dan di tempat awam yang sesak.
Menteri Perjelas Isu Lesen FINAS
Menteri Komunikasi dan Multimedia tampil menjelaskan isu keperluan lesen FINAS termasuk libat media sosial.
Ujar Datuk Saifuddin Abdullah, beliau hanya menerangkan kepada Parlimen berkaitan undang-undang sedia ada.
Sehubungan itu kata beliau, kerajaan sedia tambah baik Akta FINAS agar sesuai dengan kehendak semasa.
50 Peratus Ingkar Kuarantin di Rumah
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tegaskan kerajaan ambil seriusinsiden ingkar arahan kuarantin.
Ini selepas separuh daripada individu yang diarah jalani kuarantin di rumah didapati mengingkarinya.
Rentetan itu, bermula hari ini individu yang tiba dari luar negara kembali diwajibkan jalani kuarantin di
pusat kuarantin.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca