Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Ambil tindakan walau sudah mohon maaf

Jul 19, 2020


Perlu ambil tindakan hina Jata Negara

Foto : Astro Awani

Tindakan tetap perlu diambil!

Itu respon Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah ekoran sebuah syarikat kasut yang didakwa mencetak logo jata negara di bahagian dalam kasut keluarannya.

Jelas beliau, walaupun telah membuat permohonan maaf secara terbuka namun perlu terima hukuman setimpal jika didapati bersalah.

Ini merupakan kes kedua perkara seumpama ini berlaku selepas kejadian menghina Jata Negara dalam penerbitan sebuah buku sebelum ini.

Sementara itu, kerajaan akan perkenalkan program baru bagi menggantikan PLKN dalam usaha memupuk semangat patriotik kepada rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata program tersebut sedang dimuktamadkan dan akan dibentangkan kepada jemaah menteri tidak lama lagi.

---

2 kluster tamat, 1 kluster baru dikesan

Foto : Astro Awani

Kementerian Kesihatan tamatkan pemantauan 2 kluster COVID-19 iaitu kluster warga emas Kuala Selangor dan kluster Labu Lanjut di Sepang.

Ini selepas tiada kes baru direkodkan selepas tempoh 28 hari.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata tiada kes kematian dicatatakan bagi kedua-dua kluster tersebut.

Namun, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah maklumkan pihaknya mengesan satu kluster baru di Kuching, Sarawak.

Ini selepas 2 penjaja di Pasar Stutong disahkan positif COVID-19.

Dalam pada itu, kes sembuh di negara ini meningkat kepada 97.5 peratus dengan 5 lagi pesakit dibenarkan keluar hospital semalam.

Jumlah kes positif juga kembali turun kepada 1 angka dengan 9 kes dicatatkan berbanding 18 kes pada hari sebelumnya.

---

Banjir Johor semakin pulih, Lembah Klang pula alami banjir kilat

Foto : Harian Metro

Lebih 300 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara di seluruh negara.

Selangor catatkan jumlah mangsa tertinggi buat masa ini dengan 244 mangsa yang ditempatkan di 7 pusat pemindahan setakat pagi ini.

Di Perak, hanya 1 pusat pemindahan sementara dibuka di Teluk Intan untuk menempatkan 44 mangsa.

Melaka dan Johor turut mempunyai 1 pusat pemindahan sementara yang masih aktif masing-masing menempatkan 29 dan 5 mangsa.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca