← Back to list
PDRM sedia terima tindakan sivil
Jul 18, 2020
PDRM sedia terima tindakan sivil
Foto - TV Sarawak
Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sedia menerima tindakan sivil daripada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan hasil siasatan pihaknya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya tidak boleh menghalang mana-mana pihak daripada berbuat demikian.
Terdahulu, keluarga Allahyarham Muhammad Adib cadang menyaman PDRM bagi menuntut ganti rugi berhubung insiden yang menyebabkan kematian anggota bomba itu.
-----
Hukuman berat ke atas pemandu mabuk memadai
Foto - Berita Harian
Cadangan kerajaan untuk menaikkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda maksimum 150 ribu ringgit ke atas pemandu mabuk adalah memadai.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya pernah mengusulkan cadangan itu bagi mengurangkan kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk.
Malah, beliau amat mengalu-alukan jika Parlimen meluluskan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu yang membabitkan peningkatan jumlah denda dan tempoh hukuman penjara.
-----
Perak lancar panggung wayang pandu masuk
Foto - TTKM
Perak jadi negeri pertama di negara ini yang melancarkan panggung wayang pandu masuk dikenali sebagai Casuarina Sini-Drive di Ipoh, bermula semalam.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, panggung di Downtown Meru itu mempunyai kapasiti memuatkan sebanyak 70 kenderaan pada satu-satu masa.
Pengenalan pawagam ini katanya dijangka memberi impak positif kepada sektor pelancongan di Perak yang terkesan teruk ekoran pandemik COVID-19.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca