← Back to list
Langkah KPM Wajar - NUTP
Jul 09, 2020
Langkah KPM Wajar - NUTP
Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan ibu bapa tidak hantar anak ke sekolah buat masa ini dianggap wajar.
Ujar Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), ini kerana ada sesetengah ibu bapa belum yakin ekoran masih bimbang risiko COVID-19.
Namun Encik Aminuddin Awang berharap KPM menetapkan tempoh masa khusus untuk perkara itu.
Murid tingkatan 5 dan 6 serta Prasekolah dan Tadika sudahpun mula bersekolah kembali.
Pelajar yang lain pula akan menyusul pada minggu depan dan minggu selanjutnya.
Majikan Mungkin Diwajib Iklankan Kerja di JobsMalaysia
Kementerian Sumber Manusia bercadang mewajibkan majikan mengiklankan kerja kosong di portal JobsMalaysia.
Ia bertujuan memberi keutamaan kepada pekerja tempatan sebelum memberi peluang kepada warga asing.
Jika ia menjadi kenyataan majikan akan diwajib mengiklankan jawatan kosong di portal itu selama 30 hari sebelum membukanya kepada warga asing.
Boleh Balik Kampus Mulai Bulan Ini
Penuntut universiti dan IPT dibenarkan kembali ke kampus secara berperingkat mulai bulan ini.
Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), kemasukan sepenuhnya pula adalah pada Oktober.
Berkenaan penuntut asing, mereka perlu jalani ujian saringan COVID-19 dan kuarantin diri selama 14 hari di lokasi yang akan ditetapkan IPT.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca