← Back to list
Penularan COVID-19 dalam komuniti terkawal
Jun 30, 2020
Penularan COVID-19 dalam komuniti terkawal
Foto - Kementerian Kesihatan Malaysia
Penularan kes COVID-19 dalam komuniti adalah terkawal ketika kebanyakan sektor ekonomi mula dibuka semula dan beroperasi sepenuhnya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini membuktikan pemulihan negara iaitu untuk mengimbangi nyawa dan mata pencarian rakyat sudah bermula.
Namun, orang ramai diminita tidak alpa dengan trend penurunan kes COVID-19, sebaliknya perlu lebih berwaspada serta mematuhi SOP dan mengamalkan langkah pencegahan pada setiap masa.
-----
Kompleks ICQS Padang Besar, Durian Burung dibuka terhad
Foto - The Sentral
Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan di Padang Besar, Perlis dan Durian Burung, Kedah, dibuka hanya untuk laluan kenderaan perdagangan komersial serta kargo.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, agensi yang terbabit sudah dimaklumkan mengenai keputusan ini untuk tindakan seterusnya.
Selain itu, rakyat Malaysia yang berada di Singapura dan berhasrat untuk pulang ke Malaysia tidak perlu lagi memohon permit MyPass dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia.
-----
Datuk Yusof Haslam ahli badan bebas SPRM
Foto - Bernama
Pengarah dan penerbit filem, Datuk Yusof Haslam antara 24 ahli badan bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menerima surat cara dan pelantikan hari ini.
Mereka terdiri daripada golongan profesional serta pakar pelbagai bidang mewakili pelbagai lapisan masyarakat, dilantik menganggotai Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) serta Panel Penilaian Operasi (PPO).
Pelantikan tersebut adalah atas nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut Seksyen 13 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 (Akta 694).
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca