← Back to list
Isu Bil Elektrik Melambung: Boleh Mengadu Dengan TTPM
Jun 17, 2020
Isu Bil Elektrik Melambung: Boleh Mengadu Dengan TTPM
Ada satu lagi cara untuk orang ramai buat aduan terhadap isu bil elektrik melambung tinggi semasa PKP.
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, ia boleh difailkan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).
Ia merupakan alternatif kepada penyaluran aduan kepada TNB dan Suruhanjaya Tenaga.
TNB pula memaklumkan, pihaknya ambil maklum dengan aduan orang ramai.
Pihaknya kini sedang kaji semula mekanisme bagi tangani isu tersebut.
Perbincangan sedang dilakukan dengan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan Suruhanjaya Tenaga.
Bayaran Untuk Rayuan BPN Diluluskan Hujung Bulan Ini
LHDN terima lebih 190,000 permohonan rayuan Bantuan PRIHATIN Nasional, BPN.
Menurut Kementerian Kewangan, daripada jumlah itu 181,000 telah diluluskan dan semua akan dibayar akhir bulan ini.
Pembayaran itu melibatkan dana RM162 juta.
Perak Tak Larang
Kerajaan Perak tidak larang kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah makan bersama keluarga di premis makanan semasa tempoh PKPP ini.
Ini kerana Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit tidak melarang golongan itu untuk masuk ke premis makanan.
Namun kerajaan negeri setuju dengan MKN dan KKM bahawa orang ramai masih tidak digalakkan bawa kanak-kanak ke tempat awam termasuk kedai makan.
*foto: AWANI (sekadar hiasan)
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca