Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Tiada kluster gunting rambut

Jun 15, 2020


Tiada kluster gunting rambut

Foto - Malay Mail

Tiada kluster gunting rambut direkodkan setakat ini selepas seorang tukang gunting rambut menjalankan perkhidmatan itu dari rumah ke rumah sewaktu tempoh PKP, baru-baru ini.

Sebaliknya Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya satu kes COVID-19 disahkan hingga kini membabitkan tukang gunting rambut warga Pakistan itu.

Ujian ke atas 29 kontak rapat pula adalah negatif manakala dua lagi masih menunggu keputusan dan jumlah individu disaring ialah 31, bukannya 40 seperti dilaporkan sebelum ini.

-----

Bayi sembilan bulan antara kes jangkitan terbaru COVID-19

Foto - The Star

Bayi berusia sembilan bulan antara 41 jangkitan baru COVID-19 dilaporkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara mencecah 8,494.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi terbabit ialah salah satu daripada tiga kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

38 kes lagi adalah penularan dalam negara membabitkan 32 individu bukan warganegara dan enam lagi warga Malaysia di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah.

-----

Prasekolah dan Tadika dibenar beroperasi 1 Julai

Foto - Bernama

Kerajaan hari ini membenarkan prasekolah dan tadika dibuka sepenuhnya bermula 1 Julai ini, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini termasuklah SOP sewaktu pelajar datang dan pulang, mengenai cara mereka bermain, waktu makan dan lain-lain.

Pembukaan itu membabitkan 6,216 prasekolah di bawah kendalian Kementerian Pendidikan serta 7,887 swasta, 1,781 Tadika Perpaduan dan 8,530 di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca