← Back to list
COVID-19: Tiada Isu Keselamatan Makanan di Malaysia
Jun 15, 2020
COVID-19: Tiada Isu Keselamatan Makanan di Malaysia
Setakat ini tiada sebarang isu berkaitan aspek keselamatan makanan di Malaysia.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes jangkitan COVID-19 menerusi makanan juga tidak berlaku.
Justeru orang ramai tidak perlu bimbang sebab jika virus itu terdapat pada makanan, ia akan mati apabila
makanan dimasak.
Penjelasan tersebut diberi ekoran kebimbangan terhadap makanan segar basah yang dibawa dari China
antaranya ikan.
Ia susulan penularan wabak itu di sebuah pasar borong di China yang mana virus COVID-19 dikesan pada
papan pemotong ikan.
Lebih 630 Notis Untuk Kedai Gunting
Lebih 630 notis dikeluarkan kepada pemilik kedai gunting dan dandanan rambut menerusi Ops Catut di seluruh negara.
Ia bagi mendapatkan penjelasan berkenaan perbezaan caj gunting rambut dan harga tidak munasabah.
Bagaimanapun pemeriksaan mendapati majoriti pemilik premis mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika ini.
Sementara itu 2 peniaga kedai runcit dan daging segar di Kuching, Sarawak dikompaun kerana ingkar PKPP.
Ia ekoran kegagalan mereka mematuhi SOP antaranya tidak catat suhu badan pelanggan dan abai penjarakan sosial.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca