← Back to list
Gempa bumi kuat 6.8 magnitud di perairan Kota Kinabalu
Feb 23, 2026
Gempa bumi kuat bermagnitid 6.8 dilaporkan berlaku di perairan Kota Kinabalu hampir 1.00 pagi tadi.
Menurut MetMalaysia, gegaran dikesan pada jarak kira-kira 49 kilometer barat dari Kudat, Sabah, dan turut dirasai di sekitar Pantai Barat Sabah dan beberapa kawasan di Sarawak.
Setakat ini, tiada ancaman tsunami dan pihaknya akan terus pantau keadaan semasa serta menasihatkan orang ramai mendapatkan maklumat sahih melalui saluran rasminya.
Berhubung perkembangan banjir di Sabah pula, jumlah mangsa terjejas ialah 2,800 orang.
Ia melibatkan 2 daerah iaitu Pitas dan Tawau dan mangsa kini berlindung di 12 PPS.
Dalam perkembangan berkaitan, 65 calon STPM di Pitas yang terperangkap banjir dipindahkan menerusi operasi khas bagi membolehkan mereka menghadiri peperiksaan hari ini.
---
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menggerakkan lebih 2,400 pegawai penguat kuasa bagi pelaksanaan Ops Pantau 2026 bagi memastikan tiada manipulasi harga atau bekalan sepanjang Ramadan hingga Aidilfitri.
Operasi tertumpu di bazar Ramadan dan Aidilfitri, pasar awam, pasar raya dan pasar tani.
KPDN juga beritahu, setakat ini tiada laporan meluas mengenai kenaikan harga melampau atau isu bekalan serius tetapi pemantauan diteruskan bagi cegah aktiviti pencatutan.
---
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Kabinet akan adakan perbincangan lanjut Jumaat ini berhubung isu tarif Amerika Syarikat
Ia susulan Mahkamah Agung negara itu pada Jumaat lepas membatalkan sebahagian besar daripada langkah tarif yang diperkenalkan Presiden Donald Trump sebelum ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca