← Back to list
KPDN anjur hampir 1,900 siri PJRM sepanjang Ramadan
Feb 20, 2026
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyeru tindakan segera melibatkan semua pihak bagi tangani peningkatan tragedi melibatkan keluarga.
MMA juga mengingatkan, masalah kesempitan kewangan dan isu kesihatan mental yang dibiarkan akan membawa kepada keganasan serta krisis dalam masyarakat.
Pihaknya juga beritahu, kira-kira 40 peratus aspek kesihatan mental dipengaruhi faktor sosioekonomi seperti jaminan pendapatan, perumahan, pendidikan dan persekitaran selamat.
Menurutnya lagi, doktor kini makin kerap terima kes individu yang terkesan dengan kehilangan pekerjaan, bebanan hutang, ketidakmampuan menyara keluarga, serta perasaan putus asa yang mendalam yang boleh membawa kepada isu kesihatan mental dan tindakan bahaya.
---
Belum ada keperluan untuk melaksanakan langkah bekerja dari rumah (WFH) meskipun kes jangkitan Tibi meningkat di seluruh negara.
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) memaklumkan NST, ia memandangkan kuman penyakit tersebut tidak merebak seperti cara COVID-19 tersebar.
Namun MEF akan terus memantau perkembangan semasa sambil menekankan bahawa sebarang langkah perlu berpandukan nasihat KKM.
---
KPDN menganjurkan hampir 1,900 siri Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) sepanjang Ramadan.
Menterinya berkata jualan itu menawarkan barangan basah dan kering yang jadi keperluan untuk persiapan berbuka puasa termasuk bagi membuat kuih muih.
Jelas Datuk Armizan Mohd Ali, PJRM juga jadi salah satu platform dan pendekatan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat.
---
Kadar sewa petak bazar Ramadan yang dikendalikan pihak penganjur swasta di seluruh Johor akan ditetapkan dan diselaraskan.
Menurut kerajaan negeri, ia sebagai langkah mengawal harga tapak bazar yang tidak masuk akal yang dikenakan penganjur.
---
Sebahagian bazar Ramadan terpanjang di negara ini yang terletak di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor diberitakan rosak susulan hujan lebat dan angin kencang petang semalam
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca