← Back to list
Kerajaan Malaysia akan terbabit secara langsung dalam misi Global Sumud Flotilla 2.0
Jan 14, 2026
Kerajaan Malaysia akan terbabit secara langsung dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 yang bakal disertai lebih 80 negara.
Perdana Menteri berkata ia adalah kesinambungan perjuangan moral antarabangsa yang menuntut keberanian untuk menegakkan keadilan dan hak kemanusiaan tanpa mengira batas sempadan, bangsa atau agama.
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dimaklumkan bahawa situasi kemanusiaan di Gaza semakin meruncing akibat kekejaman rejim zionis, sekatan bantuan berpanjangan dan kebisuan dunia.
Dalam perkembangan berkaitan, PBB beri amaran, kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak di Gaza telah capai tahap membimbangkan, dengan hampir 95,000 kes dikenal pasti tahun lalu.
Ia diburukkan lagi dengan keadaan musim sejuk yang teruk dan capaian bantuan kemanusiaan yang masih rapuh.
---
MARA akan berusaha menjejaki pelajar baru Tingkatan 1 dan 4 yang ditawar ke MRSM namun gagal melaporkan diri kerana kekangan kewangan.
Menurut Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, tiada had tempoh pendaftaran jika mereka gagal mendaftar namun tindakan susulan digerakkan bagi bantu murid yang tercicir.
Beliau juga menyeru ibu bapa yang hadapi kekangan kewangan untuk segera menghubungi pengurusan MRSM bagi mendapatkan bantuan.
---
Reka bentuk pasport dan MyKad baru belum dikeluarkan.
Justeru menurut Kementerian Dalam Negeri, imej tular yang kini dikongsi di media sosial yang didakwa rupa barunya adalah palsu!
KDN juga menegaskan, semua maklumat yang berkaitan hanya akan diumumkan melalui saluran dan media rasminya.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca