← Back to list
Polisi Perlindungan Kanak-Kanak akan diperkenalkan - Fadhlina
Jan 12, 2026
Kementerian Pendidikan komited memperkukuh keselamatan serta kebajikan murid, sekali gus memastikan tiada kes buli di sekolah.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata ia antaranya menerusi pelaksanaan Polisi Perlindungan Kanak-Kanak.
Tambah beliau, buku manual Sekolah Sejahtera dan Sekolah Selamat kini dalam fasa akhir untuk dimuktamadkan sebelum dikongsikan kepada ibu bapa dan masyarakat.
Ia berkenaan tanggungjawab semua pihak dalam memelihara dan melindungi keselamatan anak-anak.
__
SI, kerajaan peruntukkan lebih RM55 juta untuk Tabika dan Taska Perpaduan bagi sesi persekolahan tahun ini.
Peruntukan tersebut menyediakan sokongan kepada murid-murid, membantu ibu bapa, dan memupuk minat serta motivasi pembelajaran.
__
Dan, pihak berkuasa menjalankan siasatan insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, pagi tadi.
Menurut Bomba Kuala Lumpur, pemeriksaan awal mendapati letupan berpunca daripada kebocoran gas penyaman udara.
Seorang maut, manakala empat pelajar daripada 10 mangsa yang dilaporkan setakat ini.
Mangsa terkorban merupakan lelaki tempatan berusia 24 tahun yang bekerja dengan syarikat kontraktor penyaman udara.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca