← Back to list
Penyelarasan Pakaian Seragam Murid Sekolah Masih Dikaji - KPPM
Jan 03, 2026
Tiada perubahan terhadap pakaian seragam murid bagi sesi persekolahan 2026.
Ketua Pengarah Pendidikan berkata cadangan penyelarasan pakaian seragam sekolah itu masih di peringkat kajian dan belum dimuktamadkan.
Tambah Dr Mohd Azam Ahmad, keputusan akhir hanya akan dibuat selepas penelitian rapi semua aspek berkaitan untuk pelaksanaannya pada sesi persekolahan 2027.
.....
Kastam berkata penyelarasan pemeriksaan di pintu pelepasan KLIA 1 yang bermula Khamis lalu adalah untuk memperkukuh kawalan keselamatan dan banteras aktiviti seludup.
Jelasnya, perkara itu turut lancarkan pergerakan penumpang dan membolehkan penempatan semula anggota di balai ketibaan untuk pemeriksaan yang lebih berkesan.
.....
SPRM kenal pasti beberapa individu lain yang disyaki terlibat dalam kes rasuah projek perolehan melibatkan seorang pegawai kanan Tentera Darat.
Pihaknya menerusi kenyataan di media sosial rasmi berkata tindakan lanjut akan diambil berdasarkan hasil siasatan dan bukti yang diperoleh.
.....
Ketua Polis Kelantan sahkan terima ugutan dipercayai daripada sindiket yang terkesan dengan ketegasan pasukan pimpinannya dalam menangani jenayah di negeri itu.
.....
Kira-kira 1,600 mangsa banjir masih berlindung di PPS di Sabah, Sarawak, Pahang dan Johor.
.....
Dan restoran Rembayung, milik pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming akan dibuka secara rasmi pada Selasa depan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca