← Back to list
Buang sampah merata-rata: 42 berdepan hukuman khidmat masyarakat
Jan 02, 2026
Kerajaan melalui KPKT mula menguatkuasakan Perintah Khidmat Masyarakat bagi pesalah yang membuang sampah kecil di tempat awam.
Ia bertujuan mendidik orang ramai supaya lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan awam.
Pesalah perlu jalani aktiviti khidmat masyarakat sehingga 12 jam dalam tempoh 6 bulan antaranya mengutip sampah, menyapu, mengelap lantai, mencuci dan memotong rumput.
Namun jelas KPKT, hukuman itu tidak menggantikan denda yang boleh dikenakan.
Perintah Khidmat Masyarakat tersebut mula dikuatkuasakan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Kedah, KL dan Putrajaya.
Bagi negeri lain seperti Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu, pelaksanaan tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa negeri masing-masing.
Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak 42 notis pemberitahuan kesalahan dikeluarkan SWCorp terhadap individu yang didapati buang sampah kecil di tempat awam pada Sambutan Ambang Tahun Baru.
24 kes melibatkan warga Malaysia dan 18 kes warga asing, manakala dari segi golongan usia, 40 kes membabit dewasa dan 2 kanak-kanak.
Menurut SWCorp, pesalah akan disiasat dan dihadap ke mahkamah untuk tindakan lanjut.
---
PDRM sokong penuh pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 yang mula berkuat kuasa semalam.
Ujar Ketua Polis Negara, ia akan memastikan platform digital lebih bertanggungjawab dalam mengekang penyebaran kandungan berbahaya.
Ia turut mengekang jenayah siber serta memperkukuh tindakan terhadap eksploitasi kanak-kanak, penipuan online, penyalahgunaan identiti dan kandungan berunsur ekstremisme.
Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail juga berkata, langkah itu penting memandangkan jenayah dalam talian kini semakin serius dan beri kesan langsung kepada kesejahteraan masyarakat.
Berdasarkan rekod PDRM, rakyat tanggung kerugian sebanyak 2.7 bilion ringgit akibat jenayah penipuan dalam talian sejak Januari 2023 hingga November lalu.
---
Kerajaan pandang serius penularan lirik berunsur lucah serta bercanggah dengan nilai akhlak dan adab masyarakat, khususnya yang beri kesan negatif kepada generasi muda.
Menteri Hal Ehwal Agama memberi penegasan itu merujuk kepada lagu baru seorang artis tempatan yang dikatakan mempunyai lirik sedemikian.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca