← Back to list
PM Seru Rakyat Bersatu Sempena Tahun Baru
Jan 01, 2026
PM Seru Rakyat Bersatu Sempena Tahun Baru
Perdana Menteri menyeru rakyat Malaysia melangkah ke tahun baru dengan semangat kebersamaan yang utuh dan tekad untuk terus memperkukuh perpaduan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meyeru rakyat menyatukan langkah dan tekad demi menjayakan Malaysia MADANI ke tahap yang lebih tinggi.
Beliau dalam pada itu mengetuai detik ambang Tahun Baharu dalam majlis yang berlangsung di KL malam tadi sekaligus menandakan pelancaran rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026.
Perintah Khidmat Masyarakat bagi kesalahan buang sampah di tempat awam bermula hari ini
Hari ini bermulanya Perintah Khidmat Masyarakat di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 di beberapa negeri.
Ia dikuatkuasakan sebagai hukuman untuk tangani isu pembuangan sampah kecil di tempat awam.
Negeri-negeri terlibat ialah Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, dan Kedah serta 2 Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Menurut KPKT Perintah Khidmat Masyarakat itu merupakan tambahan kepada denda antara RM2,000 dan RM10,000 bagi kesalahan sama jika disabitkan kesalahan oleh mahkamah.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca