← Back to list
Hujan lebat di beberapa negeri menjelang ambang tahun baharu 2026 - MetMalaysia
Dec 31, 2025
MetMalaysia jangkakan hujan lebat di beberapa negeri menjelang ambang tahun baharu 2026 malam ini.
Ia melibatkan Perak, Selangor, KL, Pahang, Kelantan, Sabah, Sarawak dan Labuan.
Sementara itu, tiada hujan dijangka berlaku di Perlis, Kedah, P Pinang, Putrajaya, N Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu malam ini.
__
Orang ramai diingatkan untuk tidak membuang sampah merata-rata di Kuala Lumpur menjelang Sambutan Ambang Tahun Baharu, malam ini.
Sebagai inisiatif, DBKL menyediakan sebanyak 25 unit tong sampah di sekitar kawasan Bukit Bintang bagi memastikan kawasan sentiasa bersih dan selesa untuk semua.
Terdahulu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tegaskan mana-mana individu didapati buang sampah di tempat awam boleh dikenakan denda sehingga RM2,000.
__
Dan, Kerajaan Persekutuan mewartakan hari kelepasan am bagi tahun 2026 iaitu Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari depan.
Sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia berkata majikan sektor swasta yang berada di Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya dan Labuan wajib beri cuti kepada pekerja pada Isnin.
Selain itu, pekerja turut dapat menikmati cuti gantian pada Selasa untuk majikan yang memilih cuti perayaan Hari Thaipusam sebagai baki enam hari kelepasan am.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca