← Back to list
PAS tawar diri terajui PN bagi hadapi PRN & PRU-16
Dec 30, 2025
PAS menawarkan kesediaannya untuk menerajui Perikatan Nasional, susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata ia bertujuan memperkasa organisasi dan sebagai persiapan bagi menghadapi PRN dan PRU Ke-16.
Terdahulu, Muhyiddin secara rasmi umum letak jawatan sebagai Pengerusi Perikatan berkuat kuasa 1 Januari ini, selepas lima tahun menerajui gabungan itu.
Pengumuman itu disusuli dengan peletakan jawatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional dan Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor.
__
Dalam pada itu, PAS umum tidak akan menganggotai barisan Exco yang akan dibentuk oleh Menteri Besar Perlis yang baharu, Abu Bakar Hamzah.
Setiausaha Agungnya berkata semua anggota Exco sedia ada juga akan melepaskan jawatan masing-masing sebagai tanda solidariti atas peletakan jawatan bekas Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.
__
PDRM merekodkan kutipan bayaran saman berjumlah kira-kira RM7.2 juta melibatkan hampir 105,000 saman sejak 1 November lalu sehingga semalam.
Orang ramai yang masih ada saman tertunggak digalakkan supaya ambil peluang bayar sebelum tarikh akhir diskaun 50 peratus tamat, esok.
__
Dan, RapidKL melanjutkan waktu operasi bagi stesen-stesen terpilih hingga 2 pagi pada 1 Januari sempena ambang tahun baharu 2026.
Manakala, BRT Sunway, bas terpilih dan Rapid KL On Demand akan beroperasi hingga 2:30 pagi.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca