← Back to list
Tiada Kompromi Kes Buang Sampah Bermula 2026
Dec 19, 2025
Kanak-kanak dan pelancong asing tidak terlepas hukuman jika ditangkap buang sampah merata-rata di tempat awam bermula tahun depan.
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam berkata perkara terbabit akan terpakai kepada semua pihak untuk meningkatkan kebersihan persekitaran.
Untuk rekod, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 12 jam dan denda maksimum RM2,000 berkuat kuasa 1 Januari 2026.
.....
Rakyat Malaysia diminta tangguh perjalanan ke Hat Yai, Thailand hingga proses pembersihan pascabanjir di Songkhla selesai.
Konsulat Jeneral Malaysia berkata ini susulan penyakit berkaitan pascabanjir sedang menular dan menyebabkan pusat-pusat perubatan di daerah itu amat sibuk.
.....
Sementara itu, lebih 14,000 mangsa banjir masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara sekitar Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor ketika ini.
Kerajaan turut giat selaras beberapa tindakan segera bersama agensi berkaitan untuk kurangkan risiko banjir terhadap orang awam.
.....
Kementerian Kerja Raya memaklumkan kadar tol di 10 lebuh raya utama di seluruh negara tidak akan dinaikkan tahun depan.
.....
Dan protes ganas tercetus di Bangladesh susulan kematian pemimpin belia, Sharif Osman Hadi yang ketuai gerakan menggulingkan bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina.
Terdahulu Sharif dilapor ditembak individu bertopeng di Dhaka dan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Singapura.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca