← Back to list
Kabinet Baru : Kekosongan 4 Portfolio Utama Diisi
Dec 16, 2025
Kabinet Baru : Kekosongan 4 Portfolio Utama Diisi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim umum anggota kabinet baru Kerajaan Madani.
Ia termasuk mengisi kekosongan 4 portfolio utama dalam kabinet sejak pertengahan tahun ini iaitu Menteri MITI, tukar portfolio, Datuk Seri Johari Abd Ghani, Menteri Ekonomi, lantikan baru, Akmal Nasrullah Mohd Nassir dan Menteri Sumber Asli, Datuk Joseph Kurup.
Jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang baru pula disandang oleh Steven Sim bagi menggantikan Datuk Ewon Benedick yang leatak jawatan.
Rombakan kabinet itu turut menyaksikan 2 menteri digugurkan iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Jawatan tersebut masing-masing digantikan oleh Hannah Yeoh dan Dr. Zulkifli Hasan.
Barisan kabinet juga menampilkan seorang muka baru iaitu Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari yang dilantik sebagai Menteri Belia Dan Sukan.
Manakala 2 timbalan Menteri telah dinaikkan pangkat kepada Menteri penuh iaitu Akmal Nasrullah Mohd Nasir dilantik sebagai Menteri Ekonomi dan jawatan Menteri Sumber Manusia disandang oleh Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca