← Back to list
Dec 04, 2025
Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan untuk beberapa negeri bermula esok hingga 8 Disember.
Menurut MetMalaysia, ia melibatkan sejumlah kawasan di Sarawak, Sabah, Johor, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini di melalui laman web rasmi MetMalaysia dan aplikasi myCuaca.
Sementara itu lebih 3,700 mangsa banjir sedang berlindung di PPS di 4 negeri.
Perak merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu hampir 2,700 orang diikuti Selangor, Perlis dan Pahang.
---
Dewan Rakyat catat satu lagi sejarah apabila meluluskan Rang Undang-Undang Antibuli 2025.
Ia merupakan inisiatif perundangan komprehensif ke arah mewujudkan persekitaran pendidikan yang lebih selamat dan bebas daripada budaya buli.
Susulan itu kerajaan akan perkenal mekanisme khusus untuk menerima aduan, mencegah serta menguruskan insiden buli di institusi pendidikan dan institusi lain yang ditetapkan.
---
Perhimpunan Agung PBB meluluskan satu lagi resolusi yang mendesak Israel mengakhiri pencerobohan dan kependudukan di Palestin.
Ia turut gesa rundingan dimulakan semula dan seru negara-negara di dunia supaya tidak iktiraf sebarang perubahan sempadan serta meningkatkan bantuan kepada rakyat Palestin.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca