← Back to list
Lebih 9,000 PPS Disediakan Di Seluruh Negara
Nov 26, 2025
Lebih 9,000 PPS Disediakan Di Seluruh Negara
Kerajaan telah menyediakan lebih 9,000 pusat pemindahan sementara di seluruh negara.
Timbalan Perdana Menteri berkata ia boleh menampung kira-kira 2 juta mangsa banjir jika bencana itu bertambah buruk.
Pihaknya turut sediakan 14 unit jambatan sementara sebagai persiapan menghubungkan laluan yang berisiko terputus akibat banjir.
Jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada lebih 27,000 orang.
Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk dikelurkan di beberapa kawasan di Terengganu dan Kelantan hingga Jumaat ini.
MetMalaysia juga jangkakan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di negeri-negeri utara Semenanjung susulan pembentukan ribut tropika.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang warga emas maut selepas kereta dinaiki dihanyutkan air deras banjir di Tanah Merah.
Ini merupakan korban kedua akibat banjir di Kelantan dengan yang pertama melibatkan seorang wanita di Gua Musang.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca