Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Kerajaan Perketat Tindakan Terhadap Pemandu & Syarikat Kenderaan Perdagangan

Nov 18, 2025


Kerajaan ambil langkah lebih tegas terhadap pemandu dan syarikat kenderaan perdagangan yang melakukan kesalahan berulang kali termasuk bawa muatan melebihi had dibenarkan. 

Ia termasuk menggantung lesen dan permit operasi jika melanggar peraturan sebanyak 3 kali.  

Langkah itu diumumkan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya kali ke-7 semalam yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri. 

Ujar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ia berikutan peningkatan kadar kematian akibat nahas jalan raya yang kini mencecah 4,900 bagi tempoh Januari hingga September.  

Ia bersamaan purata 18 kematian setiap hari, meningkat berbanding purata 17 sehari tahun lalu. 

---  

Polis tahan seorang lelaki kerana dilapor serang aktivis yang sedang live di TikTok mengenai isu peniaga warga asing di Pusat Bandar Utara, Selayang.  

Semakan mendapati suspek yang juga seorang peniaga, mempunyai rekod lampau berkait kes jenayah dan dadah. 

---  

Polis Kedah tahan seorang lelaki di Bukit Kayu Hitam kerana jadi transporter bawa masuk lebih 16 kilogram bunga ganja bernilai lebih setengah juta ringgit dari negara jiran!  

---  

Polis Johor pula tahan seorang lelaki kerana disyaki curi lebih 60 pakaian dalam,dalam kejadian di sekitar Mutiara Rini dan Gelang Patah! 

---  

Perkhidmatan LRT3 yang menghubungkan Shah Alam, Selangor, dan kawasan sekitarnya dijangka memulakan operasi pada 31 Disember. 

---  

JKR mengingatkan semua parti politik yang bertanding dalam PRN Sabah ke-17 supaya tidak pasang bahan kempen di kawasan yang boleh jejas keselamatan pengguna jalan raya!  

---  

Sementara itu, Perdana Menteri diberitakan akan mengetuai dan turun berkempen untuk jentera PH di Sabah sejurus pulang dari lawatan rasmi ke benua Afrika, 25 November ini. 

---  

Dan Mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman penjara 9 hari kepada seorang pemuda Australia kerana ganggu ketenteraman awam ekoran tindakannya berlari dan cuba peluk selebriti Hollywood, Ariana Grande di sebuah majlis baru-baru ini. 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca

 
ads-with-us ads-with-us ads-with-us