← Back to list
Banjir di 3 negeri semakin teruk
Oct 25, 2025
Situasi banjir di tiga negeri terus memburuk.
Perak catat jumlah mangsa tertinggi dengan hampir 3,000 orang terpaksa berlindung di PPS.
Kedah pula merekodkan lebih 1,800 orang manakala Pulau Pinang kira-kira 1,000 mangsa.
__
Dalam perkembangan lain, orang ramai dinasihatkan tidak mencipta atau menyebarkan video palsu terutama ketika berlaku bencana.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang berkata demikian susulan video tular mendakwa kejadian runtuhan tanah di Paya Terubong telah menenggelamkan beberapa kenderaan.
Jelasnya, rakaman itu adalah video palsu yang disunting daripada klip asal menggunakan teknologi AI.
__
Dan, polis sedang mengesan waris kepada seorang lelaki yang ditemukan mati di dalam longkang di Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang, semalam.
Hasil siasatan rakaman CCTV mendapati mangsa berjalan kaki di tepi lebuh raya sebelum memanjat tembok besi dan terjatuh ke dalam longkang pada Ahad lalu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca