← Back to list
Kerajaan setuju tempatkan polis di sekolah - PM Anwar
Oct 23, 2025
Kerajaan bersetuju untuk meneruskan langkah meletakkan kehadiran polis di kawasan sekolah bagi menjamin keselamatan pelajar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas melihat kepada masalah buli, penderaan dan jenayah di sekolah yang semakin berleluasa.
__
Dalam perkembangan lain, Kementerian Pendidikan bersetuju untuk memasang CCTV di sekolah dan menambah sesi kaunseling sebagai langkah banteras gejala yang tidak diingini berlaku.
Perdana Menteri berkata setakat ini kerajaan sudah meluluskan peruntukan RM5 juta bagi pemasangan CCTV di beberapa sekolah terpilih.
__
Dan, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi bersetuju supaya hukuman rotan dikembalikan di sekolah.
Namun tegasnya, ia perlulah disertai syarat-syarat yang ketat termasuk memastikan hukuman rotan itu tidak boleh dilakukan di hadapan umum.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca