Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Belanjawan 2026 : Belanjawan Rakyat

Oct 10, 2025


Belanjawan 2026 : Belanjawan Rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim umum berita baik buat penjawat awam.

Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Bantuan Khas Kewangan turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen sebanyak RM250.

Bantuan ini akan disalurkan pada awal Mac 2026 sempena menyambut Aidilfitri. 

Sempena perayaan Deepavali oleh kaum India, Bayaran STR Fasa 4 2025 yang dijadualkan untuk bulan November dan bernilai RM2 bilion diawalkan dan disalurkan mulai 18 Oktober.

Kerajaan juga bersetuju meluluskan diskaun tol 50 peratus untuk 2 hari sempena hari perayaan Deepavali.

Datuk Seri Anwar turut umumkan penghargaan RM100 SARA sekali lagi akan diberikan kepada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas pada pertengahan Februari tahun depan. 

Antara intipati lain, 

Peruntukan TVET naik kepada RM7.9 bilion dengan peluang pendidikan dan latihan TVET ditingkatkan, 

Bantuan Am Persekolahan yang hanya diberikan murid miskin sehingga tingkatan 3 diperluaskan hingga tingkatan 5, 

Bagi mengurangkan prevalens perokok di Malaysia, kadar duti eksais ke atas produk rokok dinaikkan berkuat kuasa mulai 1 November ini. 

Kerajaan MADANI membela nasib para pesawah dengan menyediakan subsidi pertanian tertinggi dalam sejarah iaitu RM2.62 bilion.

Bagi menggalakkan rakyat melancong dalam negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 diberikan atas perbelanjaan bayaran fi kemasukan ke pusat pelancongan tempatan dan program kebudayaan. 

Dan, semua anggota Jemaah Menteri akan terus membuat pemotongan 20 peratus gaji. 

 

 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca

 
ads-with-us ads-with-us ads-with-us