← Back to list
Himpunan khas rai kepulangan aktivis GSF
Oct 06, 2025
Satu himpunan khas akan dianjurkan bagi meraikan kepulangan kesemua 23 rakyat Malaysia yang sertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.
Menurut Perdana Menteri ia bagi terus menyemarakkan solidariti rakyat Malaysia bersama rakyat Palestin.
Terdahulu, Sumud Nusantara maklumkan kesemua aktivis terbabit dijadual berlepas pulang ke tanah air, hari ini.
Sementara itu, kira-kira 300 lagi delegasi Global Sumud Flotilla, GSF masih ditahan rejim zionis di penjara.
Menurut Peguam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia, ia dimaklumkan oleh peguam daripada Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel.
Difahamkan, aktivis hak asasi terkemuka, Greta Thunberg dan cucu bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela iaitu Mandla Mandela antara yang belum dibebaskan.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan nafi dakwaan pihaknya keluarkan kenyataan menghina dan memperlekeh usaha misi Global Sumud Flotilla seperti yang viral di media sosil.
Sebaliknya pihaknya menyokong sepenuhnya segala usaha yang dijalankan oleh badan antarabangsa, NGO dan sukarelawan dalam misi kemanusiaan ke Gaza.
---
Proses audit keselamatan di sekolah seluruh negara dijangka siap dalam tempoh sebulan hingga 2 bulan lagi.
Menurut Menteri Pendidikan, ia susulan sebanyak 700 daripada 10 ribu buah sekolah telah diaudit.
Jelas Fadhlina Sidek, hasil audit itu akan bantu KPM rangka pendekatan lebih tuntas bagi perkukuh keselamatan dan kesejahteraan sekolah di seluruh negara.
Terdahulu, KPM mengarahkan anggota Jemaah Nazir menjalankan audit keselamatan di sekolah dengan laporan perlu dikemukakan setiap minggu.
Ia sebagai sebahagian inisiatif memperkukuh aspek keselamatan di sekolah dan asrama sekali gus banteras kes buli.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca