← Back to list
Pelaksanaan penuh BUDI95 bermula!
Sep 30, 2025
16 juta rakyat Malaysia yang layak akan nikmati manfaat inisiatif petrol sempena pelaksanaan penuh BUDI95 hari ini.
Inisiatif itu menetapkan harga petrol RON95 pada kadar seringgit 99 sen seliter, dengan setiap individu diberi kelayakan hingga 300 liter sebulan.
Sementara itu harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi ditetapkan pada 2 ringgit 60 sen seliter bermula hari ini hingga 8 Oktober.
Dalam perkembangan berkaitan, rakyat diminta pastikan butiran pada MyKad dan lesen memandu tepat agar kelayakan tidak terjejas.
Ia memandangkan analisis Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan mendapati sebahagian data lesen memandu masih guna nombor lama.
---
Penutup lubang yang diambil untuk siasatan kes murid maut terjatuh ke dalam saluran kumbahan di sekolahnya didapati berada dalam keadaan baik dan tiada kecacatan ditemui.
JKR Negeri Sembilan memaklumkan, laporan lengkap hasil siasatan akan dikemukakan segera untuk tindakan lanjut bagi memastikan kejadian itu tidak berulang.
---
Semua 34 rakyat Malaysia yang menyertai delegasi Global Sumud Flotilla berada dalam keadaan baik di atas kapal masing-masing.
Pusat Kawalan Sumud Nusantara juga memaklumkan, kapal misi bantuan kemanusiaan berkenaan dijangka memasuki zon merah dan menghampiri Gaza, Khamis ini.
Sementara itu tentera Israel dilapor menembak mati 4 penduduk Palestin yang berusaha mendapatkan bantuan berhampiran pusat agihan di Rafah.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca