Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

BUDI95; Pastikan data MyKad & lesen memandu selaras

Sep 29, 2025


Rakyat diminta memastikan butiran pada MyKad dan lesen memandu tepat menjelang pelaksanaan penuh BUDI95 esok, agar kelayakan tidak terjejas.  

Ia memandangkan analisis Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan mendapati sebahagian data lesen memandu masih guna nombor lama. 

Orang ramai juga diminta memastikan nombor MyKad 12 digit digunakan dan direkod dengan betul dalam lesen memandu.  

Difahamkan, orang ramai boleh hadir ke pejabat JPJ untuk kemas kini maklumat lesen memandu jika terdapat sebarang ketidakselarasan.  

---  

Kerajaan belum bercadang kenakan caj kepada kenderaan persendirian yang masuk ke bandar.  

Jelas Perdana Menteri, kerajaan hanya akan mempertimbangnya selepas rangkaian sistem pengangkutan awam negara berada pada tahap baik dan menyeluruh. 

Februari lalu, Menteri Wilayah Persekutuan berkata kerajaan sedang teliti untuk kenakan caj kesesakan bagi mengurangkan jumlah kenderaan memasuki pusat bandar. 

Ujar Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, caj berkenaan dijangka dapat mengurangkan kesesakan trafik di ibu negara sehingga 20 peratus.  

Dalam satu lagi perkembangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan Terminal Bersepadu Gombak, TBG yang bakal jadi hab utama pengangkutan awam ke Pantai Timur.  

--- 

Malaysia mahu kuasa veto Majlis Keselamatan PBB dimansuhkan agar sebarang konflik dan jenayah kemanusiaan dapat ditangani segera. 

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kuasa veto sering disalahguna hingga sekat usaha global menghentikan konflik dan kekejaman sekali gus ragut lebih banyak nyawa orang awam. 

Sementara itu Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada kurang 400 batu nautika dari Gaza dan dijangka tiba esok. 

Menurut rakaman video aktivisnya, kapal tentera laut Itali dan Sepanyol masih kekal beri perlindungan manakala kapal tentera laut Greece sudah berundur.  

Misi flotilla yang disertai puluhan kapal daripada lebih 40 negara itu adalah untuk hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.  

--- 

Kementerian Pendidikan (KPM) sudah laksana audit keselamatan di 700 daripada 10,000 sekolah di seluruh negara.  

Menterinya, Fadlina Sidek berkata proses audit itu menunjukkan perkembangan positif, namun perjalanan masih panjang sebelum seluruh sekolah dapat disemak sepenuhnya. 

Beliau juga berkata, tindakan tegas akan dikenakan jika wujud pelanggaran SOP berkaitan kes seorang murid maut terjatuh ke dalam saluran pembetung di sebuah sekolah di Nilai.  

Dalam perkembangan berkaitan, polis Negeri Sembilan sudah rakam keterangan 9 individu berhubung tragedi itu termasuk guru dan murid sekolah terbabit, juga pihak JKR dan IWK.  

--- 

Malaysia akan memperkenalkan Skim Kecederaan Bukan Pekerjaan. 

Perdana Menteri berkata, ia bagi memastikan pekerja terus dilindungi walaupun di luar waktu pejabat di era kerja fleksibel masa kini.  

Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim,  pengenalan skim itu hasil kesedaran bahawa tekanan kerja tidak terhenti hanya di pintu kilang atau pintu pejabat. 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca

 
ads-with-us ads-with-us ads-with-us