← Back to list
Banjir Sabah: Perdana Menteri arah pemulihan segera
__
Kementerian Pendidikan beri kebenaran kepada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah babitkan murid terkandas akibat banjir di Sabah dan Sarawak.
Manakala murid terjejas turut diberi kelonggaran tidak memakai seragam sekolah.
KPM turut memaklumkan persiapan bagi pembukaan semula sekolah termasuk kerja pembersihan serta bantuan penyelenggaraan sedang dilakukan.
__
Kerajaan sedang meneliti cadangan supaya Rang Undang-Undang Tribunal Antibuli diperluas kepada semua peringkat umur dan tidak hanya memfokus kepada golongan bawah 18 tahun.
Ia susulan majoriti menggesa agar ia lebih terbuka memandangkan kes buli bukan sahaja berlaku di sekolah tetapi turut dilaporkan di institusi pengajian tinggi, maktab polis dan tentera.
__
Dan, Mahkamah Sesyen Putrajaya menetapkan 15, 16 dan 18 Disember depan bagi perbicaraan babitkan kes penyanyi dan pelakon, Naim Daniel.
Naim turut memfailkan bantahan terhadap permohonan pihak pendakwaan yang meminta mangsa dibicarakan secara pautan video susulan mangsa bukan lagi bawah umur.
Mei lalu, Naim didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca