← Back to list
Cuti Sekolah dan Hari Malaysia: PLUS Saran Pengguna Rancang Perjalanan
Sep 11, 2025

Foto - BERNAMA
PLUS menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari di rangkaian lebuh raya kendaliannya pada hari puncak 12, 13, 19 dan 20 September ini sempena cuti persekolahan dan sambutan Hari Malaysia.
Sehubungan itu, PLUS dalam kenyataan hari ini menasihatkan pengguna Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) merancang perjalanan lebih awal dengan merujuk jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA dalam aplikasi PLUS.

Foto - Astro Audio Traffic
Dengan merancang perjalananan menerusi MyPLUS-TTA, pengguna lebuh raya dijangka dapat menikmati perjalanan yang lebih lancar sepanjang musim percutian ini.
Pengguna lebuh raya juga diingatkan supaya memastikan baki kad Touch ‘n Go atau eWallet (bagi pengguna RFID) sentiasa mencukupi sebelum memulakan perjalanan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca