Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Juara dunia tarik diri Terbuka Hong Kong

Sep 06, 2025


Juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei sah menarik diri daripada kejohanan badminton Terbuka Hong Kong yang bermula Selasa ini. 

Ketua jurulatih beregu campuran negara berkata isu kecergasan menjadi antara punca beregu nombor tiga dunia itu direhatkan. 

Nova Widianto turut menyifatkan keputusan itu bagi membolehkan Tang Jie-Ee Wei melakukan persiapan hadapi China Masters yang akan bermula 16 September ini. 

__

Sementara itu, ketua jurulatih beregu lelaki negara sahkan Arif Junaidi berdepan masalah kesihatan disyaki GERD. 

Bagaimanapun, Herry Iman berkata masalah dihadapi pemain itu tidak serius dan dia tetap akan diturunkan beraksi bersama gandingannya Yap Roy King pada saingan Terbuka Hong Kong minggu depan. 

__

Harimau Malaya kehilangan dua tonggak pertahanan, Dion Cools dan Facundo Garces menjelang aksi persahabatan berdepan Palestin, Isnin ini. 

Garces dipanggil pulang ke Sepanyol untuk sertai kelabnya Alaves yang akan berdepan Athletic Bilbao pada aksi La Liga. 

Manakala Cools kembali ke Jepun bagi tugasan bersama Cerezo Osaka. 

__

Dan antara keputusan kelayakan Piala Dunia 2026, 

Paraguay mara buat kali pertama dalam tempoh 16 tahun selepas seri tanpa jaringan dengan Ecuador. 

Turut layak, Uruguay yang benam Peru 3-0 dan Colombia yang benam Bolivia juga 3-0. 

Sementara itu, Maghribi muncul pasukan Afrika pertama menempah tiket ke Piala Dunia 2026 selepas belasah Niger 5-0. 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca

 
ads-with-us ads-with-us ads-with-us