← Back to list
Gempa Bumi Lemah di Johor, Rakyat Diminta Bertenang
Aug 25, 2025
Rakyat tidak perlu bimbang dengan kejadian gempa bumi di Segamat dan Kluang, Johor semalam.
Jelas MetMalaysia, ini kerana gegarannya berlaku pada magnitud lemah.
Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat cuaca dan gempa bumi terkini yang sahih melalui laman web rasmi jabatan itu.
---
Dalam perkembangan berkaitan, polis Segamat terima 3 laporan melibatkan kerosakan harta benda akibat gegaran gempa bumi di daerah berkenaan.
Laporan itu melibatkan kerosakan siling sebuah surau, retakan struktur rumah serta bangunan.
---
Sementara itu, Petronas Gas sahkan semua infrastruktur dan kemudahan saluran paip gas di kawasan yang dilanda gempa bumi kecil berhampiran Segamat selamat dan beroperasi seperti biasa.
---
Seorang penuntut kolej maut selepas terjatuh dari ketinggian 21 meter selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Lebuhraya DASH, kejadian ke-2 seumpama dalam tempoh sebulan.
---
Polis Selangor sahkan penahanan anak kepada seorang bekas perdana menteri atas kes berkaitan dadah namun enggan ulas lanjut.
---
Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM100 juta bagi bantu rakyat Gaza yang menderita akibat kekejaman rejim Zionis.
---
Dan Vietnam umum mengarahkan pemindahan setengah juga penduduk susulan jangkaan Taufan Kajiki melanda pantai timur negara itu hari ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca