← Back to list
Modul pendidikan TVET di PUSPEN
Aug 13, 2025
Timbalan Perdana Menteri mencadangkan semua modul pendidikan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) ditransformasi kepada latihan berasaskan TVET.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, transformasi itu perlu bagi memastikan pelatih PUSPEN terima latihan berkemahiran tinggi yang membolehkan mereka ceburi bidang pekerjaan profesional selepas tamat pemulihan.
Ujar beliau yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara, mereka yang berminat dalam bidang keusahawanan pula akan diberi latihan khusus dengan kerjasama SME Corp.
Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid telah merasmikan pelancaran model bahasa besar (LLM) patuh syariah yang pertama di dunia digelar NurAI.
---
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan bagi memberi penerangan mengenai garis panduan menangani buli.
Langkah itu adalah maklum balas kepada 1 daripada 4 tuntutan dalam memorandum #KeadilanUntukZara yang diserah kepada KPM oleh sekumpulan aktivis pelajar semalam.
---
Tentera Darat Malaysia sedang teliti semula SOP latihan termasuk membabitkan PALAPES.
Bulan lalu seorang kadet PALAPES UTM, Allahyarham Syamsul Haris dilapor meninggal dunia ketika jalani latihan dan keluarga beranggapan punca kematian belum jelas dan meragukan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca