Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Kelewatan Pembukaan Seksyen 3 WCE, AMH Suarakan Kembimbangan

Aug 11, 2025


kelewatan pembukaan seksyen 3 wce, amh suarakan kembimbangan

Foto - Association of Malaysian Hauliers - AMH 

SHAH ALAM - Isu pengambilan tanah di Kampung Jawa, Klang yang dikatakan menjadi punca kepada kelewatan pembukaan Seksyen 3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) mendapat perhatian serius Persatuan Haulier Malaysia (AMH).

Setiausaha Eksekutif AMH, Mohamad Azuan Masud, berkata kelewatan itu memberi kesan langsung terhadap operasi lebih 10,000 kenderaan perdagangan dan berat.

Keadaan itu bukan sahaja meningkatkan masa perjalanan, tetapi menambah kos bahan api, penyelenggaraan kenderaan dan menjejaskan jadual penghantaran.

“WCE adalah infrastruktur strategik yang dirancang untuk menyokong kelancaran sektor logistik di sepanjang pantai barat. 

Penangguhan ini memberi kesan besar kepada pengusaha pengangkutan, terutama yang memerlukan akses pantas ke dan dari Pelabuhan Klang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

kelewatan pembukaan seksyen 3 wce, amh suarakan kembimbangan

Foto - YouTube dontpushpush

Memahami proses pengambilan tanah adalah rumit, Azuan berharap semua pihak perlu mencari penyelesaian segera demi kepentingan ekonomi negara.

AMH menggesa pihak berkuasa termasuk Kementerian Kerja Raya, Kerajaan Negeri, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi mempercepatkan usaha menyelesaikan isu tersebut agar jajaran itu dapat disiapkan mengikut jadual.

Seksyen 3 WCE adalah laluan penting yang dijangka mampu mengurangkan kesesakan di jalan-jalan Persekutuan, Lebuhraya Persekutuan, NKVE dan KESAS terutama bagi pergerakan kenderaan perdagangan dari kawasan perindustrian ke Pelabuhan Klang.

Oleh Shah Rahimin Rosle | Astro Audio News & Traffic


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca

 
ads-with-us ads-with-us ads-with-us