← Back to list
Tarif AS 19% : Hasil Rundingan Teliti
Aug 01, 2025
Tarif AS 19% : Hasil Rundingan Teliti
Penurunan kadar tarif balas oleh Amerika Syarikat terhadap eksport Malaysia kepada 19 peratus adalah pencapaian penting hasil rundingan yang teliti dan sistematik.
Jelas MITI, Malaysia juga berjaya kekalkan pendirian terhadap beberapa perkara kritikal tanpa jejaskan hak kedaulatan negara menerusi rundingan itu.
Perubahan kadar tarif ini akan mula berkuat kuasa pada 7 Ogos.
Larangan penjualan vape di Perlis dan Terengganu bermula hari ini.
Larangan penuh penjualan vape di Perlis mula berkuatkuasa hari ini.
Hasil pemeriksaan Majlis Perbandaran Kangar mendapati kebanyakan premis sudah menghentikan operasi dengan notis penutupan dipamerkan di premis masing-masing.
Tegasnya, jika terdapat premis yang masih beroperasi menjual vape, notis penutupan akan dikeluarkan serta-merta.
Selain Perlis, larangan penuh penjualan vape turut mula berkuatkuasa di Terengganu hari ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca